Teman Setia Ku

Jom kita Kongsi Mencari Ilmu Hingga Ke Hujung Nyawa

Jumaat, 2 Oktober 2015

Solok Lada




Bahan-bahan.. Resepi 1..


  • Lada solok / Cili Hijau / Cili merah
  • Isi ikan sardin / Ikan selayang
  • Bawang merah
  • Lada hitam
  • Kelapa parut putih ( kelapa jangan terlalu tua )
  • Santan pekat

..Cara-caranya .. 


  1. Belah lada solok dari atas ke bawah , jangan sampai putus,buang semua biji dan asingkan
  2. Tumbuk sedikit lada hitam,bawang merah,isi ikan dan kelapa
  3. Gaulkan bahan yang ditumbuk bersama-sama garam dan gula secukup rasa
  4. Sumbatkan bahan-bahan tadi kedalam lada solok
  5. Susun dalam periuk
  6. Masukkan santan pekat
  7. Tutup periuk dan masak dengan api yang kecil hingga santan kering
  8. Sedia di hidangkan

..ATAU..


Bahan-bahan.. Resepi 2..



  • Lada solok / Cili Hijau / Cili merah
  • Isi ikan sardin / Ikan selayang
  • Bawang merah
  • Lada hitam
  • 1 biji Telur
    • ..Cara-caranya .. 


      1. Belah lada solok dari atas ke bawah , jangan sampai putus,buang semua biji dan asingkan
      2. Tumbuk sedikit lada hitam,bawang merah,isi ikan dan kelapa
      3. Pecahkan telur dalam bahan-bahan yang ditumbuk
      4. Gaulkan bahan yang ditumbuk letakkan garam dan gula secukup rasa 
      5. Sumbatkan bahan-bahan tadi kedalam lada solok
      6. Susun dalam kukusan
      7. Kukus hingga masak
      8. Sedia di hidangkan

       .. Selamat Mencuba..



      Tiada ulasan:

      Iklan sana sini

      MENARIK

      PILIHAN TERBAIK

      Terima Kasih Kerana Sudi Mengunjungi Blog Anie