Teman Setia Ku

Jom kita Kongsi Mencari Ilmu Hingga Ke Hujung Nyawa

Jumaat, 2 Oktober 2015

Kek Sarang Semut



 Bahan A (untuk gula hangus)


  • 2 cawan gula halus
  • 2 cawan air panas
  • 4 Sb margerin
cara-caranya

  • Letakkan gula dalam kuali masak hingga keperangan dan cair..
  • Kena sentiasa kacau yer guna api yang kecil...
  • Bila cair.. Masukkan air panas "perlahan-lahan" dan hati-hati..
  • Kacau hingga larut dan masukkan margerin... Sejukkan ..


Bahan B (Adunan kek)

  • 2 cawan tepung gandum
  • 7 biji telur gred B
  • 1 3/4 cawan susu pekat
  • 4 Sk soda bikarbonate
  • 1 Sk baking powder

Cara-caranya

  • Kacau telur hingga kembang
  • Masukkan susu pekat kacau hingga sebati
  • Masukkan tepung yang diayak bersama soda bikarbonate dan baking powder sedikit demi sedikit... 
  • Kemudian masukkan gula hangus tadi dan kacau sekejap hingga sebati
  • oles loyang dengan marjerin .. Alas dengan baking paper..
  • Panaskan oven..                         
  •  Bakar pada suhu 160'..Guna api bawah ..
  • Kemudian pada 10 min terakhir baru guna api atas sahaja
  • Adunan nie guna loyang besar yerr..


.. Selamat Mencuba ..


Tiada ulasan:

Iklan sana sini

MENARIK

PILIHAN TERBAIK

Terima Kasih Kerana Sudi Mengunjungi Blog Anie