Teman Setia Ku

Jom kita Kongsi Mencari Ilmu Hingga Ke Hujung Nyawa

Khamis, 1 Oktober 2015

Cheesecake Biskut

Cheesecake Biskut

Bahan-Bahan



  • Cream Cheese ( 250g)
  • 1/2 tin susu pekat manis
  • Biskut deluxe crackers ( original flavour )
  • Nestum
  • Susu segar dutch lady ( untuk celup2 biskut )


Cara-Caranya


  1. Pukul cream cheese guna stand mixer sampai hancur
  2. Masukkan 1/2 tin susu pekat ( boleh lebihkan atau kurangkan ikut citarasa kemanisan )
  3. Putarkan Bahan-bahan ini hingga sebati ( Ketepikan )


Kemudian


  1. Celupkan biskut ke dalam susu segar dutch lady, jangan sampai lembik sangat ye ..( biskut tadi tak perlu patah-patahkan tau )
  2. Susun biskut tadi ke dalam loyang  ( dikira lapisan pertama laa )
  3. Kemudian sapukan cream cheese yang dipukul tadi ke atas susunan biskut dalam loyang  dan taburkan nestum...
  4. Ulang step yang sama celup biskut - susun dalam loyang - sapukan cream cheese - tabur nestum...
  5. Bila dah siap susun... Topping atas sekali lebihkan cream cheese dan nestum ( lagi banyak lagi sedap )
  6. Sejukkan dalam peti ais...potong - siap untuk dihidang....


..Selamat mencuba..





Tiada ulasan:

Iklan sana sini

MENARIK

PILIHAN TERBAIK

Terima Kasih Kerana Sudi Mengunjungi Blog Anie