Teman Setia Ku

Jom kita Kongsi Mencari Ilmu Hingga Ke Hujung Nyawa

Jumaat, 4 September 2015

Gulai Masam Tempoyak Ikan Patin Citarasa Anie

Jom kali nie Anie nak ajar cara memasak Gulai masam tempoyak ikan patin yang memang terkenal di Temerloh... Jom memasak...

Bahan-Bahannya



  • 1 ekor ikan patin saiz sederhana   ( basuh ikan patin dengan tepung gandum untuk hilangkan hanyir )
  •  2 senduk tempoyak
  • 4 cawan air  ( boleh tambah lagi jika rasa pekat )
  •  7-9 tangkai cili padi  ( ikut laa yang nak pedas tambah lagi yang tak nak pedas kurangkan )
  •  1 inci kunyit hidup
  •  Secekak daun kesum
  •  Sedikit garam


Cara-caranya


  •  Cili padi , kunyit hidup ditumbuk 
  • Kemudian masukkan tempoyak dan ditumbuk supaya bergaul rata 
  •  Kalau nak blender pun boleh jerr tapi rasanya kurang tak macam yang ditumbuk rasa asli
  •  Kalau nak blender letak jerr terus sekali  cili padi,kunyit hidup dan tempoyak dan blender jer lerr ..




...Kemudian...


- Masukkan ikan patin dan kesemua bahan-bahan ke dalam periuk

- Masaklah dengan menggunakan api yang perlahan sehingga menggelegak


- Jangan lupa letak garam yerr


- Setelah menggelegak masukkan daun kesum


- Biarkan dalam 2 @ 3 minit sahaja


- Tutup api dan sedia untuk dihidang...


Nota..


Kalau tempoyak kurang masam,bolehlah tambah sedikit asam keping


Dan..

Kalau mahukan kuah yang pekat bolehlah masak kuahnya dahulu sehingga menggelegak dan pekat baru masukkan ikan patinn..

Senang jer kannn..
Selamat mencuba..

Tiada ulasan:

Iklan sana sini

MENARIK

PILIHAN TERBAIK

Terima Kasih Kerana Sudi Mengunjungi Blog Anie