Teman Setia Ku

Jom kita Kongsi Mencari Ilmu Hingga Ke Hujung Nyawa

Jumaat, 21 Ogos 2015

Sambal Tempoyak Bilis Petai

Hu huuuu...selamat datang kepada peminat-peminat petai...Kita curi resepi orang pahang pulak yer..
sambal tempoyak bilis petai ni kalau makan dengan nasi panas-panas sedap tau..
Nak tau rasa dia macam mana jom kita cuba....

Bahan - Bahan

3 papan petai
3 sudu besar tempoyak
2 genggam ikan bilis
4 biji bawang merah#
1 ulas bawang putih#
1 inci kunyit hidup#
10 biji cili api ( tambah jika nak pedas lagi )#
Garam secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis


Cara - Caranya

1.  Petai belah dua , basuh dan Tos
2.  Tumbuk Bahan-bahan yang bertanda #
3.  Ikan bilis di belah dua
4.  Goreng ikan bilis sehingga garing, ketepikan
5.  Tumis Bahan tumbuk tadi sekejap kemudian masukkan petai biarkan sekejap
6.  Masukkan tempoyak kacau sekejap dan masukkan ikan bilis
7. Masukkan sedikit air, garam dan bahan perasa
8.  Masak sehingga pekat
9.  Angkat dan sedia di hidang..

Selamat Mencuba...

Tiada ulasan:

Iklan sana sini

MENARIK

PILIHAN TERBAIK

Terima Kasih Kerana Sudi Mengunjungi Blog Anie