Teman Setia Ku

Jom kita Kongsi Mencari Ilmu Hingga Ke Hujung Nyawa

Selasa, 4 Ogos 2015

Roti Jala

 Jom kita belajar buat roti jala pulaaa...

Bahan - Bahan  Roti  Jala
2 cawan tepung gandum
2 1/2 cawan santan @ air
1 sdk garam
1 biji Telur
1 sdk pewarna ( ikut suka nak warna apa )

Cara - Cara nya

1. Gaulkan tepung gandum dan santan sehingga sebati
2. Masukkan tepung yang telah digaul tadi kedalam blander
3. Letak garam , Telur dan Pewarna sekali ke dalam blander
4. Blander sampai sebati
5. Letakkan dalam acuan 
6. Sedia untuk ditebar
7. Gunakan sedikit minyak jika kuali melekat 
8. Biarkan atas kuali sekejap bila roti jala dah tak melekat boleh laa angkat
9. Lipat dan Gulung
 

Bahan- Bahan untuk Kuah

1/2 ekor ayam ( di Potong kecil-kecil )
1 biji kelapa ( perah Santan ) 
8 sudu serbuk kari daging
2 sudu cili kering
Bahan2 penumis
6 ulas bawang merah ( di cincang dadu )
3 ulas bawang putih ( di cincang dadu )
1/2 inci halia ( di hiris )
sedikit air asam jawa 
2 biji ubi kentang ( di potong dadu )
1 biji Carot ( di potong dadu )
sedikit minyak untuk menumis
Garam secukup rasa

Cara - Cara nya

1. Serbuk kari , bawang merah ,bawang putih ,cili kering bancuh dgn sedikit air
2. Tumis bahan - bahan  penumis dan letakkan sekali bahan2 yang di bancuh tadi tumis sampai naik bau
3. Letakkan ayam yang telah dipotong kecil2 biarkan sekejap sehingga keluar air ayam
4. Masukkan ubi kentang dan carot yang telah di potong dadu
5. Masukkan santan 
6. Masukkan air asam jawa 
7. Garam secukup rasa
8. Tunggu sampai menggelegak 
9. Sedia untuk dihidang


1 ulasan:

Rosmiza Ali berkata...

Nyum2! Sedapnya.. Tq sharing resepi.. ^_^
RosmizaAli.Com

Iklan sana sini

MENARIK

PILIHAN TERBAIK

Terima Kasih Kerana Sudi Mengunjungi Blog Anie