Teman Setia Ku

Jom kita Kongsi Mencari Ilmu Hingga Ke Hujung Nyawa

Jumaat, 21 Ogos 2015

Puding Roti Karamel



Hari nie Anie kongsi lagi satu resepi.Jom kita belajar memasak sama-sama.Puding roti karamel ni kali pertama Anie cuba buat tau, Alhamdulillah menjadi rupanya.
Erkk Kenyangggg...He hee
Bahan A ( Karamel )

10 sdb gula
10 sdb air

- Masak gula sehingga menjadi perang dengan api yang kecil
- Kemudian masukkan air panas
- Kacau sehingga sebati
- Tuang  Karamel dalam Loyang 
- Biarkan sejuk

Bahan B ( Puding )

8 keping roti ( di koyakkan )
1 Tin susu cair 
1 Cawan Air
1 Cawan susu pekat
1 Sdk esen vanila
5 Biji telur

Cara-Cara

1.  Karamel yang telah tersedia dalam loyang ketepikan dulu
2.  Panaskan kukusan
3.  Blander semua bahan-bahan B tadi sehingga sebati
4.  Masukkan bahan  B tadi ke dalam loyang yang ada karamel tadi
5.  Kukus selama  40 - 60 minit
6.  Biarkan sejuk 
7.  Terbalikkan perlahan-lahan 
8.  Potong dan sedia untuk dihidang



Puding yang sedang dikukus

Adunan yang belum di kukus


Selamat mencuba......















Tiada ulasan:

Iklan sana sini

MENARIK

PILIHAN TERBAIK

Terima Kasih Kerana Sudi Mengunjungi Blog Anie