Teman Setia Ku

Jom kita Kongsi Mencari Ilmu Hingga Ke Hujung Nyawa

Ahad, 5 Julai 2015

Tart Nenas Air Tangan Anie

Assalamualaikum..
Selamat terus menjalankan ibadah puasa ...
Biasa la bila tiba musim nak raya ni setiap orang yang bergelar suri rumah akan sibuk memikirkan persiapan Hari Raya baik dari persiapan baju seisi keluarga dan juga persiapan juadah yang bakal kita hidangkan untuk tetamu yang bakal mengunjungi rumah kann..
Seperti Anie juga setiap tahun sudah menjadi kebiasaan menjadi rutin sibuk dengan menempah biskut raya, tapi tahun nie Anie dah berazam nak buat biskut raya sendiri...
Jomm tengok menjadi ke tidak resepi pertama Anie..

 Tart Nenas Air Tangan Anie..

Resepi Doh
2 1/2 cawan tepung gandum ( Di ayak )                                       
2 sb rata tepung jagung                                                            
2 1/2 sb rata tepung kastard
2 sb rata susu tepung                                                                    
1 cawan mentega ( suhu bilik )
1 sb butter cup @ boleh guna minyak sapi
1 sb gula yang telah kisar
2 biji kuning telur
1 st esen vanila

cara2
1- pukul mentega , susu tepung , butter dan gula kisar kacau hingga sebati
2- Masukkan telur dan Esen vanila pukul lagi sampai kembang
3- kemudian masukkan tepung gandum,tepung jagung dan tepung kastard yang telah di ayak tadi sedikit demi sedikit hingga lembut
( kalau doh tadi susah nak di tekan tambahkan mentega dan kalau doh lembik tambahkan tepung )
4- Ambil doh tekan dgn acuan tart dlm 5 cm
5- Letakkan inti nenas dan gulung
6- Bakar dalam oven dgn suhu 150 cc selama 16  ke 17 minit

Inti dia Anie beli jerr

Untuk sapuan atas tart
1 biji kunung telur
pewarna telur kuning

Hasil tart nenas air tangan Anie ..





Tiada ulasan:

Iklan sana sini

MENARIK

PILIHAN TERBAIK

Terima Kasih Kerana Sudi Mengunjungi Blog Anie