Teman Setia Ku

Jom kita Kongsi Mencari Ilmu Hingga Ke Hujung Nyawa

Ahad, 5 Julai 2015

Popia simpul kasih sayang Anie

Resepi kali ni adalah resepi kegemaran Anie sekeluarga .. Kalau dah mula makan pasti payah nak berenti..

Popia simpul kasih sayang Anie..
 popia yang siap di gulung



Bahan2

Kulit popia 1 bungkus 
Minyak untuk goreng popia

Resepi Serunding Ikan

Ikan kembong @ ikan selayang 1 kg
Asam keping  untuk merebus ikan
santan kelapa pekat 2 cawan
 Gula & garam secukup rasa 

Bahan2 Kisar

1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
cili kering 10 tangkai @ 2 sb cili boh
Bawang merah 8 ulas
serai 2 batang

Cara-Caranya

1. Rebus ikan bersama air dan asam keping sampai agak2 masak
2. Asingkan tulang dan isi ikan
3. Kisar isi ikan bersama bahan2 kisar di atas dengan menggunakan air rebusan ikan tadi
4. Masukkan bahan2 tadi ke dalam kuali sekali dengan santan pekat
5. Masak sehingga kering ( kena betul2 kering tau )
 ( serunding ni mangambil masa 1 ke 2 jam untuk kering )

# Bagi yang rajin nak buat serunding 
# Biasanya Anie selalu beli je

6. Kemudian kulit popia tadi di potong kecil2 agak2 lepas untuk disimpul
7. Letak serunding dan simpulsampai banyak
8. Goreng dengan api yang perlahan 
9. Toskan minyak dan sedia untuk di makan


Tiada ulasan:

Iklan sana sini

MENARIK

PILIHAN TERBAIK

Terima Kasih Kerana Sudi Mengunjungi Blog Anie