Teman Setia Ku

Jom kita Kongsi Mencari Ilmu Hingga Ke Hujung Nyawa

Rabu, 8 Julai 2015

Biskut Sarang Semut



Hari nie Anie nak kongsi resepi Biskut Sarang Semut... Biskut sarang semut ni memang senang dibuat dan yang penting sedap di makan...



Resepi Biskut Sarang Semut

1 cawan mentega 
1/2 cawan gula halus
1 biji kuning telur
1 st esen vanila
1 st serbuk penaik
2 st pewarna kuning
1 cawan tepung gandum ( diayak )
1 cawan tepung jagung   ( diayak )
1 cawan tepung kastard ( diayak )
coklat rice ( untuk hiasan )
paper cup

Cara-caranya

1. pukul mentega,gula halus dan kuning telur hingga kembang
2. masukkan esen vanila,serbuk penaik dan pewarna kuning pukul bagi sebati
3. masukkan sedikit demi sedikit tepung yang sudah diayak tadi gaul sebati
4. masukkan adunan tadi kedalm peti ais dalam 15 min supaya senang proses memarut nya
5. parut adunan ke dalam bekas lain
6. sediakan paper cup dan masukkan adunan yang telah diparut tadi ke dalam paper cup guna sudu
7. hias dengan coklat rice
8. Bakar dengan suhu 180c dalam 15 ke 16 min
9. Angkat biskut sarang semut sedia untuk di hidangkan

#Biskut sarang semut yang menggunakan tepung jagung ni akan jadi lebih ranggup dan sedap
#Gabungan tepung kastad untuk cair dimulut
#Tepung gandum pula adalah asas pembuatan biskut...
# Selamat Mencuba




 

Tiada ulasan:

Iklan sana sini

MENARIK

PILIHAN TERBAIK

Terima Kasih Kerana Sudi Mengunjungi Blog Anie