Teman Setia Ku

Jom kita Kongsi Mencari Ilmu Hingga Ke Hujung Nyawa

Ahad, 5 Mei 2013

Menu makanan 6 - 8 bulan

Alif sudah 7 bulan
Sebenarnya dah lama Anie nak kongsikan menu makanan untuk bayi yang berusia 6 - 8 bulan , secara kebetulan pulak anak Anie Alif kini usianya  sudah 7 bulan memang sudah sepatutnya dia perlukan makanan tambahan selain daripada susu ibu bagi memenuhi keperluan bayi untuk tumbesaran  ,selain itu makanan juga dapat membekalkan nutrien yang cukup untuk mendapatkan tenaga serta meningkatkan daya tahan badan terhadap penyakit kerana pada usia ini bayi telah mula membina antibodi.
Ehh mesti semua tanya mana menunya asyik
membebel jer kann...Sorryy..

Pada permulaannya ni Anie nak kenalkan kepada semua piramid makanan malaysia.Dalam piramid makanan
malaysia terdapat 6 kumpulan makanan:

1. Bijirin,Hasil bijirin dan ubi-ubian

 - Keperluan sehari ialah : 1 1/2 cawan bubur


2. Sayur-sayuran
 - Keperluan sehari ialah : 1/4 cawan sayur yg dimasak

3. Susu
 - Susu ibu mengikut kehendak bayi

4. Daging,ayam,ikan,kekacang
- Keperluan sehari ialah : 2 sudu teh sebarang jenis daging 
   @ isi ikan @ ayam

5. Lemak,minyak
- Keperluan sehari ialah : 1 sudu teh minyak

6. Buah-buahan
- Keperluan sehari ialah : 1/4 potong betik @ 1/2 biji pisang bersaiz kecil

Sedikit Panduan Untuk Mudahkan Proses Memasak Bubur
Bagi memudah dan mempercepatkan lagi proses untuk membuat bubur bagi bayi blanderlah dulu beras ( basuh beras keringkan kemudian blander dan simpan dalam bekas bertutup )



Dalam gambar kat sebelah ni adalah antara bahan-
bahan yang boleh kita gunakan untuk membuat bubur.




Jom Kita Belajar Buat Bubur





Menu Pertama

Bahan-bahannya :
1. Beras yang sudah di blander (4 sudu Besar)
2. Lobak 1/2 biji (Dipotong Dadu)
3. Udang  (2 sudu teh)
(seelok-eloknya udang ditumbuk dulu)
4. Minyak (1 sudu teh)

Cara Memasak
- Masak beras dengan 2 1/2 cawan air .
- Masukkan sekali lobak yang dipotong dadu
- didihkan selama 20 minit 
- kemudian masukkan udang dan minyak
- Biarkan sekejap dalam 5 minit
- Kemudian Tutup Api
- Dan bolehlah terus di tapis sementara masih panas @ di biarkan sejuk sedikit jika untuk di blander.
(seelok-eloknya tutup periuk ketika memasak bagi tujuan mengekalkan kandungan vitamin)






Bubur yang siap dimasak tunggu untuk ditapis @ diblander



Bubur yang belum ditapis

Tapis yang di gunakan untuk menapis bubur







Bubur yang sudah siap di tapis dan sedia untuk di hidangkan


===================





Menu Ke Dua

Sama juga seperti menu pertama 
Menu ke dua ini Anie gunakan Sayur kangkung dan ikan bilis

Cara Memasakpun sama seperti menu pertama
==================
Pada umur 6 - 8 bulan ni kita kena elak daripada meletak sebarang perasa dalam makanan bayi tujuannya adalah untuk memberi bayi rasa sebenar dari sumber makanan itu.Lagipun bahan perasa boleh menyebabkan kerosakkan ginjal


Untuk melengkapkan makanan pelengkap
yang seimbang untuk bayi kita sediakan sekali
Menu Ke 2 yang sudah siap
buah-buahan.Bagi bayi umur 6- 8 bulan buah
eloklah ditapis


Selang selikan memberi buah-buahan yang telah ditapis @ jus buah yang diperah dengan bubur 

Teruskan pemberian susu badan mengikut kehendak bayi

Ambil bubur dalam kuantiti yang diperlukan sahaja untuk sekali makan dan bakinya bolehlah disimpan didalam bekas yang bertutup dan letakkan dalam   peti ais
Bekas untuk menyimpan bubur

Boleh panaskan semula @ letakkan sahaja sedikit air 
panas untuk waktu makan yang seterusnya

Selang selikan memberi buah-buahan yang telah ditapis @ jus buah yang diperah dengan bubur 


selamat mencuba

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kenapa masak bubur letak minyak ye?

Tanpa Nama berkata...

Menu tu biasa tp kena pastikan buah yg xsesuai takut baby sejuk dada nnti dpt kahak.minyak guna tuk sng buang air besar.

Tanpa Nama berkata...

Minyak tu untuk kalori n tenaga bayi..

Kimberly Melati berkata...

Segera daftarkan diri anda dan bermainlah di Agen Poker, Domino, Ceme dan capsa Susun Nomor Satu di Indonesia AGENPOKER(COM)
Jadilah jutawan hanya dengan modal 10.000 rupiah sekarang juga !

Iklan sana sini

MENARIK

PILIHAN TERBAIK

Terima Kasih Kerana Sudi Mengunjungi Blog Anie