Teman Setia Ku

Jom kita Kongsi Mencari Ilmu Hingga Ke Hujung Nyawa

Sabtu, 6 April 2013

Tips Ketika Proses Bersalin

1. Sebelum masuk ruang bersalin minta maaf pada suami, mak, ayah dan mak, ayah mertua dahulu. Minta mereka redha dan doakan semua selamat.

2. Kawal dan tenangkan minda. Set dan tetapkan untuk memikirkan perkara yang baik-baik sahaja. Kosongkan fikiran, bayangkan berada di tempat yang aman, damai, nyaman, masukkan rasa bahagia. Cuba bayangkan anak yang bakal lahir itu comel dan bakal menjadi anak yang soleh. Insyaallah bayangan-bayangan ini akan membuatkan anda tenang dan lupa tentang kesakitan.

3. Kawal dan jaga pernafasan anda. Tarik nafas menggunakan hidung dan lepas menggunakan mulut. Tarik dalam-dalam, tahan sedikit, kemudian lepas perlahan-lahan.

4. Ketika meneran jangan keluarkan suara atau menjerit. Itu cara meneran yg salah. Cuba tahan suara dan teran.

5. Kalau tiada contraction jangan meneran untuk mengelakkan kehabisan tenaga.

6. Sentiasa zikir dan jangan tinggalkan Doa Nabi Yunus.



Tiada ulasan:

Iklan sana sini

MENARIK

PILIHAN TERBAIK

Terima Kasih Kerana Sudi Mengunjungi Blog Anie