Teman Setia Ku

Jom kita Kongsi Mencari Ilmu Hingga Ke Hujung Nyawa

Ahad, 28 April 2013

Jellyy Kelapa Muda

Alhamdulillah berjumpa lagi kita,Rasa-rasanya dah hampir 2 minggu Anie tak jengok Blog Anie ni.Alamak berhabuk bukan main lagi huuuuu..

Hari ni Anie nak kongsi menu nak buat kelapa jellyy...Ada sesiapa yang berminat nak tahu dan ingin mencuba jom mari baca resepi dari Anie...


Resepi dari Anie

Bahan-bahan

Air 2 cawan

Agar-agar 1 paket @ Serbuk Jelly 1 paket ( 10 gm )

Air Kelapa muda dalam 3 biji kelapa ( dalam 2 litter ) dan  isinya

Gula 7 sudu besar 


Cara-caranya

Masak agar-agar @ Serbuk jelly dengan 2 cawan air sehingga larut

masukkan 7 sudu besar gula ( kalau nak manis tambah lagi )

kemudian masukkan pula 2 litter Air kelapa dan isinya

Anie guna 3 biji kelapa sederhana besar

( kalau rasa nak lembik lagi campur la sikit lagi air masak )

kacau sehingga sebati  & tutup api

kemudian tuang jelly ke dalam acuan 

tunggu sejuk sikit kemudian 

masukkan dalam peti ais

tunggu sehingga beberapa jam

kemudian

jeng jeng boleh lah dihidangkann


Tengok tu pembantu tak bertauliah Anie... heeee..jom kita cuba


Tiada ulasan:

Iklan sana sini

MENARIK

PILIHAN TERBAIK

Terima Kasih Kerana Sudi Mengunjungi Blog Anie