Teman Setia Ku

Jom kita Kongsi Mencari Ilmu Hingga Ke Hujung Nyawa

Rabu, 13 Mac 2013

Jemput-Jemput Istimewa

Hari ni Anie nak kongsi resepi jemput2.Jemput-jemput ni biasa sangat Anie hidangkan untuk Anak2 Anie sebab diaorang memang minat makan jemput2 lagi2 bila dicicah dengan sos.Sebagai seorang ibu sudah tentu kita  ingin anak-anak mendapat khasiat dan vitamin yang cukup dalam makanan,biasa la kan ramai anak-anak kecil yang tak berapa gemar makan sayur jadi Anie cipta menu istimewa untuk anak-anak Anie sebab diaorang kurang gemar makan sayur... 

Bahan-bahan yang telah siap di adun

Bahan-bahan yang diperlukan ..

Tepung Gandum
Ikan bilis
Bawang Merah
Sayur Sawi@Sayur Kangkung
Ubi kentang
Garam
Air
Soda@Mauripan

Bahan2 Yang Perlu dicincang
SayurSawi@Sayur Kangkung
Ubi Kentang

Bahan2 yang perlu diblander
Bawang merah
Ikan Bilis
Masuk jer sekali 1 sudu Mauripan@Soda

(Banyak mana bahan ikut jer la citarasa sendiri lepas tu blander Kemudian Adun dengan Tepung Gandum dan jangan lupa masukkan sayuran yang telah dicincang tadi)

Biasanya anak-anak Anie akan cicah jemput-jemput ni dengan sos sahaja.Tapi biasanya Anie akan buat pencicahnya sekali.Disebabkan papanya suka mencicah jemput-jemput dengan Sos kicap jadi Anie nak kongsi sekali cara-cara membuat Sos Kicap...

Sos Kicap

Bahan-bahan untuk Sos Kicap

Bawang Merah 6 ulas
Gula pasir 2 sudu makan
Cili Api 2 biji
Kicap Manis
Cuka 4 sudu makan
Garam secukup rasa
(Tumbuk  Bawang dengan cili dulu sehingga lumat kemudian baru campurkan bahan2 yang lain)

Haa macam mana selamat mencuba..sebarang pertanyaan boleh diajukan ..



Tiada ulasan:

Iklan sana sini

MENARIK

PILIHAN TERBAIK

Terima Kasih Kerana Sudi Mengunjungi Blog Anie