Teman Setia Ku

Jom kita Kongsi Mencari Ilmu Hingga Ke Hujung Nyawa

Selasa, 12 Mac 2013

Info Asam Rom…

Asam rom dan gulai asam rom ni dah boleh tergolong dalam makanan warisan Pahang terutama di Jerantut. Nak buat asam rom ni macam asam tempoyak juga tetapi buah nya berbeza asam rom ni boleh guna dua jenis buah iaitu biji getah dan buah perah. Cara nak menghasilkan asam rom tu pun makan masa yang lama, cari biji getah basuh dan pecahkan kulit biji getah tu ambik isi dalamnya aja dan dah siap pecah kan semua potong isi biji getah tu dan jemur. Jemur isi getah dalam 4 atau 5 hari.

Fasa kedua dah siap jemur dalam masa tadi,bab ni lah yang org tak suka buat sebab kena tumbuk biji getah tadi dengan lesung dah tumbuk tu kena uli pulak. Malas tumbuk guna je mesin blender, uli dgn sedikit air untuk mengeluarkan minyak biji getah tadi. Org tua² cakap kalau tak buang minyak tu asam 
rom akan kurang sedap dan akan berbau tengit bila simpan lama² sebab asam rom ni sama dgn asam tempoyak,ia boleh tahan lama. Dah siap uli dan buang minyak masukkan dalam balang atau tempayan biasanya dua bekas inilah jadi tumpuan.

sekarang kita dah tau apa tu asam rom dan sekarang macam mana nak buat gulai asam rom pulak. Gulai rom ni macam² boleh buat contoh nya gulai rom rampai,maksud rampai tu ialah campur dengan pucuk² sayur kampung. Contoh pucuk paku,pucuk labu,sayur bayam,terung,keladi,ubi keledek dan lain² tapi bukan masuk semua sekali sayur tersebut,hanya 2 atau 3 jenis sahaja sudah cukup. Selain tu gulai rom ikan yang disukai ramai. Macam² ikan boleh dibuat gulai rom contoh ikan patin, ikan kenerak, ikan toman, ikan baung dan juga siput sedut pun boleh. Selain dibuat gulai, asam rom juga boleh dibuat sambal rom bakar dan ianya cukup enak. Gulai rom ni kalau tak pedas memang kurang menyengat..Selamat mencuba keenakan gulai dan sambal berasaskan asam rom.


Biji Getah

4 ulasan:

Miss_Niera berkata...

ASEROM MY FV GAK..KLO BALIK RAUB..MMG BEST LEMANG CICAH DGN ASEROM AYAM KG..PERGHH KECUR AIR LIUR..HUWAAA

ANNA MARIANA berkata...

x pernah makan lagi ni.. huhuhu

BUNDA a.k.a KN berkata...

assalam,

pernah dengar tapi tak pernah makan lagi...unik..t kasih berkongsi..

AnieDaud berkata...

Bunda terima kasih juga sudi membaca

Iklan sana sini

MENARIK

PILIHAN TERBAIK

Terima Kasih Kerana Sudi Mengunjungi Blog Anie