Teman Setia Ku

Jom kita Kongsi Mencari Ilmu Hingga Ke Hujung Nyawa

Jumaat, 29 Mac 2013

Gegirl atau Boboi


Gegirl atau Boboi aduhh tajuk ni pelik sikit kannn..
Bagi ibu-ibu yang merancang untuk mendapatkan anak, ni ada sedikit tips untuk merancang jantina anak yang bakal dilahirkan, pokok pangkalnya usaha dari kita perlulah beserta dengan doa-doa kepada Allah ..

Tips ini Anie ambil dari website Dr Hamid Arshat – Pakar Sakit Puan. Sepertimana dengan tips lain, tiada satu pun akan menjamin 100% keberkesanannya.

Namun menurut Dr Hamid, dengan izin Allah, tips ini 70% kebarangkalian untuk mencapai kejayaan.

Para suami harus mengetahui anda adalah penentu dalam jantina anak-anak. Benih lelaki membawa kromosom X dan Y manakala benih wanita hanya membawa kromosom X. Gabungan kromosom X-X akan menghasilkan anak perempuan manakala X-Y akan menghasilkan anak lelaki.

Ciri-Ciri X dan Y:

X – Jangka hayat lebih lama, Bergerak lambat, Tahan dalam keadaan berasid
Y – Jangka hayat singkat, Bergerak pantas, Tahan dalam keadaan berakali

Petua Untuk Mendapat Anak Lelaki (XY):

1.Makanan yang asid seperti buah-buahan limau, nanas, mangga, cuka, minuman bergas perlu dijauhkan selama 2 bulan sebelum mencuba. Makanan laut adalah digalakkan, zat-zat logam kalsium dan magnesium juga diperlukan.

2. Persetubuhan pada waktu subur iaitu pada hari penetasan telur isteri (ovulation) adalah penting.

3. Menukarkan cecairan faraj kepada beralkali dengan melakukan ‘douching ’atau basuh dalam faraj dengan satu alat khas, 20 ml air bikarbonat dimasukkan ke dalam faraj lebih kurang 2 jam sebelum mengadakan persetubuhan. Cecair bikarbonat (sodium bicarbonate) boleh dibeli dari farmasi.

4. Kaedah suntikan benih lelaki (artificial insemination) setelah air mani suami menjalani proses ‘layering’, atau menjalani rawatan bayi tabung uji (IVF) dan dipilih embryo yang telah disahkan lelaki untuk dimasukkan kedalam rahim. Kedua-dua kaedah tersebut tidak dibolehkan jika hanya untuk tujuan mendapatkan anak lelaki. Tetapi diperbolehkan jika sabit ada penyakit baka bila melahirkan anak perempuan.

Petua Untuk Mendapat Anak Perempuan (XX):

1.Digalakkan memakan makanan yang berasid seperti limau, asam, nenas, cuka, air minuman bergas dan lain    lain. Pantang memakan makanan laut.

2. Persetubuhan dilakukan sebelum penetasan telur isteri (ovulation). Jangan bersetubuh selama 5 hari mulai dari hari ‘ovulation’ yang boleh dikesan dengan ujian-ujian subur. 

3. Melakukan ‘douching’ dengan menggunakan cecair asid (very dilute lactacyd) 2 jam sebelum persetubuhan dilakukan.

Kita merancang, Allah juga merancang dan sebaik-baik perancang. Apa yang ditentukan pastinya itu adalah terbaik untuk kita. 

Selamat Mencuba!!!

Tiada ulasan:

Iklan sana sini

MENARIK

PILIHAN TERBAIK

Terima Kasih Kerana Sudi Mengunjungi Blog Anie