Teman Setia Ku

Jom kita Kongsi Mencari Ilmu Hingga Ke Hujung Nyawa

Sabtu, 19 Januari 2013

KANSER MULUT



















Kanser mulut merupakan pertumbuhan tisu yang tidak normal di dalam mulut. Pengesanan dan rawatan kanser mulut di peringkat awal dapat mencegah berlakunya hilang upaya yang teruk dan meningkatkan kualiti hidup pesakit.

Kanser mulut sering terjadi di kawasan:

1.Lidah
2.Lantai Mulut
3.Bahagian Dalam Pipi
4.Gusi
5.Lelangit
6.Bibir Bawah

Golongan mana yang berisiko mendapat kanser mulut?

Mereka yang mengamalkan tabiat seperti berikut berisiko mendapat kanser mulut:
1.Merokok
2.Mengunyah Tembakau
3.Mengunyah Buah Pinang (Makan Sireh) Dengan Atau Tanpa Tembakau
4.Minum Alkohol Yang Berlebihan
5.Terdedah Pada Sinaran Matahari Secara Berlebihan

Apakah tanda-tanda kanser mulut?

Perhatikan tanda-tanda berikut:
1.Ulser dalam mulut yang lambat atau tidak sembuh
2.Tompokan putih (leukoplakia) atau merah (erythroplakia)
3.Bengkak atau ketumbuhan dalam mulut
4.Nafas berbau (halitosis)

Symptom
1.Rasa sakit dalam mulut
2.Kesukaran mengunyah atau menelan atau menggerakkan lidah
3.Kebas pada lidah atau dalam mulut
4.Kesukaran untuk membuka mulut



4 ulasan:

Hayati Harun berkata...

haish...ilang selera eiihh

AnieDaud berkata...

heee hilang selera,, hermmm

nana fiena berkata...

errrrr . scary !

Muhammad Noor Firdaus iskandar BIn Haji Bashah berkata...

alamak punya la teruk kalau kena nak kena makan garam buluh banyak2 lah kalau macam nie is rasa lepas nie

Iklan sana sini

MENARIK

PILIHAN TERBAIK

Terima Kasih Kerana Sudi Mengunjungi Blog Anie