Teman Setia Ku

Jom kita Kongsi Mencari Ilmu Hingga Ke Hujung Nyawa

Sabtu, 8 Disember 2012

Remaja nyaris rentung

KUALA LUMPUR - Seorang remaja lelaki terselamat daripada menjadi mangsa korban apabila unit rumahnya di tingkat 14, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Pudu Ulu, Cheras di sini, terbakar hampir keseluruhan dalam kejadian, awal pagi semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi itu, Muhammad Firdaus Ahmad, 22, ketika itu nyenyak tidur sebelum terjaga setelah mendengar jeritan jiran dari luar rumahnya. Jirannya, Yap wan Tim, 45, berkata, sebelum itu, dia terhidu bau benda terbakar namun menyangka penghuni lain sedang masak. Menurutnya, bagaimanapun, kira-kira setengah jam selepas itu, dia melihat asap dari rumah bersebelahan, “Saya bergegas memanggil jiran sebelah, banyak kali juga saya mengetuk pintu, namun tiada maklum balas. “Namun tidak lama kemudian, remaja itu keluar menyelamatkan diri,” katanya. Difahamkan, kerana terlalu panik, Muhammad Firdaus, gagal membuka pintu pagar yang berkunci sehingga memaksa jiran yang berada di luar mengambil kunci tersebut dan membukanya dari luar. Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pudu, Suhaimi Mahmood, berkata, pihak bomba menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 7.10 pagi. Katanya, empat jentera bomba dengan kekuatan 30 anggota dari Balai bomba Pudu dan Hang Tuah bergegas ke tempat kejadian dan tiba empat minit kemudian. “Usaha memadam api sedikit terjejas apabila sistem pam untuk pemadaman kebakaran di bangunan itu tidak dibuka semula selepas kerja-kerja penyelenggaraan dilakukan. “Bagaimanapun, dengan bantuan penduduk, kebakaran dapat dikawal sepenuhnya pada 8.31 pagi,” katanya. Tambahnya, kebakaran dipercayai bermula dari bilik tengah, namun punca dan jumlah kerugian masih disiasat. Sumber:sinar harian

Tiada ulasan:

Iklan sana sini

MENARIK

PILIHAN TERBAIK

Terima Kasih Kerana Sudi Mengunjungi Blog Anie