Teman Setia Ku

Jom kita Kongsi Mencari Ilmu Hingga Ke Hujung Nyawa

Khamis, 13 Disember 2012

Jom Baca...Pasangan Anda Curang?



Tiada siapa yang layak untuk disakiti tetapi kecurangan boleh berlaku pada sesiapa atau pada bila-bila masa tidak kira anda pasangan baru atau lama. Bagaimana anda menghadapinya? Ya, anda boleh menjerit dan menangis tetapi pastikan anda bertindak rasional juga!

Bagaimana berhadapan dengan pasangan curang?

Buktikan
Jika anda rasa pasangan ada hubungan sulit, buktikan. Cari gambar, emel, surat, sms dan lain-lain yang berkaitan untuk dijadikan bukti kerana mudah bagi pasangan anda untuk menafikannya jika tiada bukti kecurangan mereka.

Bersemuka
Setelah mendapat bukti, anda perlulah bersemuka dengan pasangan. Terpulanglah pada anda untuk memilih lokasi yang sesuai bagi meluahkan yang anda rasa. Yang pentingnya dia tahu perasaan anda.

Berbincang
Kemudian, tanya padanya mengapa hal ini boleh berlaku. Suruh dia nyatakan sebab-sebab mengapa dia memilih untuk curang kepada anda. Dengar segala penjelasannya. Pastikan anda bertenang ketika ini.

Berfikir dengan tenang
Setelah mendengar penjelasan pasangan, bertenang. Jangan cepat marah. Tarik nafas panjang-panjang. Jika anda bekerja, ambil cuti dan pergilah ke tempat yang boleh memberikan ketenangan pada anda. Gunakan masa tersebut untuk memikirkan kembali setiap kata-kata yang diucapkan oleh pasangan tentang kelemahan anda. Berfikir secara rasional dan bukan ikut perasaan.

Cari jalan penyelesaian
Berusahalah untuk mencari penyelesaian masalah tersebut. Akan tetapi sekiranya anda gagal mencari penyelesaian sendiri, mintalah bantuan individu yang anda percaya. Seeloknya biarkan orang itu bersifat neutral iaitu tidak menyebelahi mana-mana pihak.

Buat keputusan
Setelah mendapat cara untuk menyelesaikan masalah yang membelenggu, berbincang kembali dengan pasangan. Tanya pendapatnya pula. Sebaiknya cubalah untuk selamatkan rumah tangga anda yang telah dibina bersama.

Dia ada orang lain?

7 tanda pasangan anda mungkin ada orang lain.

1. Lihat dirinya. Adakah wujud sebarang perubahan? Bagaimanakah cara dia melayan anda? Lebih romantik daripada biasa atau sama seperti dahulu. Kalau bertambah romantik, memang bagus. Tapi, mungkin juga rasa itu timbul akibat rasa bersalahnya terhadap anda kerana dia telah menjalinkan hubungan lebih daripada sepatutnya dengan orang lain.

2. Selain berubah menjadi lebih romantik, pasangan anda juga mula pandai memberi anda hadiah. Kalau dulu, belikan jambangan bunga dianggap membazir, kini tidak lagi. Katanya sebagai tanda sayang dan bunga tu kan cantik. Jika ini berlaku, maka cuba-cubalah cari mana yang tak kena.

3. Sekiranya pasangan anda sudah mula balik lewat dan sering ke luar daerah. Belajarlah untuk meragui semua tindakannya itu. Sebaik-baiknya telefon tempat kerjanya dan bertanyakan jadual kerjanya. Benar kah dia ditugaskan ke luar daerah. Jika betul, syukurlah kerana dia memang buat kerja. Tapi, jika tidak, selidiklah lebih dalam. Ke mana dia sebenarnya?

4. Untuk kepastian dia tidak mempunyai hubungan ‘gelap’ di luar, sekali-sekala periksalah telefon bimbitnya. Lihat semua panggilan yang dibuat dan diterima. Lihat juga sistem pesanan ringkasnya. Ada tak mesej yang boleh diragui? Sebenarnya, perlakuan seperti ini tidak elok kerana anda mengganggu hak peribadi seseorang. Tapi, harus diingat, orang itu adalah pasangan anda yang sah. Jadi, apa salahnya. Semua ini ada lah untuk memastikan kebahagiaan rumah tangga yang telah dibina atas keinginan kedua-dua belah pihak.

5. Anda juga perlu khuatir jika kebelakangan ini dia sering kehabisan duit gajinya walaupun bulan belum ke penghujungnya. Cari jalan untuk tahu ke mana dia membelanjakan wangnya itu.

6. Kalau pasangan anda sudah mula ‘pasang badan’ pun anda perlu selidik. Kalau benar berubah untuk anda, baguslah. Tapi, kalau untuk orang lain, berhati-hatilah. Buatlah apa yang anda rasakan perlu.

7. Jadilah lebih teliti semasa mencuci pakaian. Perhatikan pada pakaian pasangan, ada tak tanda-tanda yang boleh menimbulkan syak wasangka seperti tanda-tanda gincu bibir atau bau-bauan yang lain daripada biasa.

Sumber : Majalah  PaMa

Tiada ulasan:

Iklan sana sini

MENARIK

PILIHAN TERBAIK

Terima Kasih Kerana Sudi Mengunjungi Blog Anie