Teman Setia Ku

Jom kita Kongsi Mencari Ilmu Hingga Ke Hujung Nyawa

Isnin, 10 Disember 2012

Jom Baca Berita .. Belasah isteri kerana cemburu..

KUALA TERENGGANU - Dek kerana cemburu sehingga mengesyaki adik sendiri mempunyai hubungan dengan isteri, seorang pemuda sanggup membelasah isterinya sehingga menyebabkan kecederaan, 3 November lalu. Akibat perbuatannya itu, Mohd Fadli Che Mansor, 22, dijatuhi hukuman penjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam, selepas mengaku bersalah di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dipenjara setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali. Bapa kepada seorang anak itu mengaku dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap isterinya, Rohana Rosli, 22, kira-kira jam 11 malam di rumahnya di Kampung Paya Teluk Ketapang, Seberang Takir. Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor Miky Dunstan Muda di hadapan Majistret Abdul Hayyi Salim manakala tertuduh tidak diwakili peguam. Berdasarkan fakta kes, semasa kejadian, mangsa berada di rumah sebelum tertuduh tiba-tiba mengamuk dengan mencederakan mangsa di kepala. Mangsa kemudiannya membuat laporan polis di Balai Polis Gong Badak dan tertuduh ditangkap kira-kira jam 5 petang, 4 November lalu. Hasil siasatan, tertuduh mengaku mencederakan mangsa di ruang tamu rumahnya disebabkan tidak puas hati kerana mengesyaki isterinya menjalinkan hubungan sulit dengan adiknya sendiri. Sumber:Sinar Harian

2 ulasan:

kongsi apa saja berkata...

itu hari tgk kat surat khabar... hehe.. tak pasal je kena...

AnieDaud berkata...

Tu la cemburupun bertempat la...jangan main serkap jarang jer..kesian isteri mesti sedih dituduh curang,,

Iklan sana sini

MENARIK

PILIHAN TERBAIK

Terima Kasih Kerana Sudi Mengunjungi Blog Anie