Teman Setia Ku

Jom kita Kongsi Mencari Ilmu Hingga Ke Hujung Nyawa

Ahad, 9 Disember 2012

Anggota bomba letih, pengsan padam kebakaran

SEMENTA - Anggota bomba dan penyelamat terpaksa mengambil tempoh panjang bagi memadamkan kebakaran membabitkan stor penyimpanan barangan seramik serta bilik pameran di sebuah kedai tembikar, di Batu 4, Jalan Kapar semalam. Sehingga jam 5 petang semalam, kebakaran belum berjaya dipadamkan sepenuhnya disebabkan material seramik iaitu tanah liat sukar untuk dipadamkan. Dalam proses memadamkan kebakaran tersebut, seorang anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam pengsan dipercayai kerana keletihan selepas mengambil tempoh lama dalam usaha itu. Ketua Bomba Zon Klang, Hamizal Ainuddin berkata, anggota terbabit dikejarkan ke Hospital oleh anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) sejurus selepas anggota itu terjatuh. “Bagaimanapun keadaannya stabil dan kita percaya mangsa berkemungkinan letih apabila dia dan rakan-rakan setugasnya yang lain terpaksa bertungkus-lumus memadamkan kebakaran. “Namun begitu, kejadian yang menimpa anggota kita itu tidak mematahkan semangat rakan setugas lain,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian, petang semalam. Menurutnya, kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 2 petang dan ia bermula di bahagian tengah bangunan sebelum merebak ke stor penyimpanan dan bilik pameran yang terletak di bahagian belakang kedai seramik itu. “Ketika bomba tiba, api sedang marak membakar bahagian itu dan kita dimaklumkan ketika kejadian terdapat lebih 20 pekerja termasuk beberapa pelanggan sedang berurusan dalam kedai tersebut. “Sebaik menyedari kebakaran, kesemua lari menyelamatkan diri malah terdapat pekerja yang cuba memadamkan kebakaran menggunakan alat pemadam namun gagal. “Berikutan kejadian itu, bahagian stor dan bilik pameran di kedai seramik itu yang beroperasi sejak kira-kira setahun lalu terbakar hingga hampir 70 peratus," katanya. Beliau berkata, kedai itu difahamkan baru beroperasi sejak setahun lalu dan sebelum ini merupakan sebuah pasar raya yang menjual barangan segar. Dalam pada itu, beliau berkata, tiada pekerja atau orang awam dilaporkan cedera dan sehingga kini pihaknya masih menyiasat anggaran kerugian termasuk punca sebenar kejadian dengan bantuan Forensik Bomba. Usaha memadamkan kebakaran tersebut melibatkan 39 anggota termasuk pegawai Bomba dari tujuh balai. SUMBER ; SINAR HARIAN

Tiada ulasan:

Iklan sana sini

MENARIK

PILIHAN TERBAIK

Terima Kasih Kerana Sudi Mengunjungi Blog Anie